Tuesday 11 February 2014

Menunjuk-nunjuk Perhiasan adalah HARAM

   
 Asalamualaikum semua, harap semua dalam keadaan sihat. Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua mengenai menunjuk-nunjuk perhiasan adalah haram.



Seorang MUSLIMAH mempunyai akhlak yang baik dan sentiasa patuh pada perintah Allah s.w.t. Perwatakan seorang muslimah dapat menbezakan antara perempuan yang kafir atau perempuan yang jahiliah.

Sifat-sifat seorang muslimah:

> sentiasa patuh perintah Allah
> bersifat pemalu
> pandai menjaga diri dan menjaga aurat.

Berbeza pula dengan perempuan yang jahiliah, mereka suka untuk menunjuk-nunjuk perhiasan diri mereka di depan orang ramai terutama lelaki.

Dalam kitab karangan Yusuf al-Qaradawi iaitu KITAB HARAM DAN HALAL DALAM ISLAM mengatakan erti Tabarruj adalah menbuka dan menampakkan sesuatu perhiasan untuk dilihat mata.


Zamakhsyari berkata: " Bahwa tabarruj itu ialah memaksa diri untuk menbuka sesuatu yang seharusnya disembunyikan"  seperti kata orang Arab Safinatun barij iaitu perahu yang tidak pakai atap.
  
dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
(QS: Al-Ahzab Ayat: 33)
Cara mengelakan diri wanita daripada Tabarruj 

> Ghadh-dhul Bashar (menundukkan pandangan) kerana pewatakan wanita yang terpuji adalah    dengan adanya bersifat malu terhadap orang lain    

> Tidak bergaul bebas diantara lelaki dan wanita di majlis-majlis hiburan atau keramaian untuk     mengelakan daripada bersentuhan diantara satu sama lain  

Maqil bin Yasar meriwayatkan, bahwa Rasullah s.a.w bersabda

          " Sungguh kepala salah seorang diantara kamu ditusuk dengan jarum dari besi, lebih                 baik daripada dia menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya" ( Riwayat                 Thabarani, Baihaqi dan rawi-rawi Thabarani. 

> Sentiasa menjaga dan menuntup aurat yang dikehendaki oleh syarak. Elakkan memakai pakaian yang nipis sehingga menampak bentuk badan.



> Berusaha dan bersungguh-sungguh melakukan perintah Allah dan menhidupkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Sensungguhnya Allah Maha Pengampun keatas hamba-hamba.

Disini saya menyimpulkan bahawa wanita yang muslimah seharusnya menjaga adab dan tatacara yang baik bagi mengelakan diri daripada terjerumus dari maksiat. Justeru, wanita hendaklah menpunyai sifat pemalu dan jangan menunjukan perhiasan diri serta mengelakan daripada tabarruj. Semoga kita mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Insyallah. 

Friday 20 July 2012

Islamic Hijri Calendar Widget - Sticky Note - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Hijri Calendar Widget - Sticky Note - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Semarakan ramadhan 1433 Hijrah

    

    Bersyukur kita kepada Allah s.w.t yang menberikan nyawa agar kita bertemu lagi  pada Ramadhan pada tahun ini semoga kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah pada bulan yang penuh berkat. Marilah kita mengumpul segala amalan yang kebaikan dalam bulan ini. Rebutlah peluang ketika umur kita masih ada

 Amalan Sunnah Nabi

 


1) Apabila telah mendengar azan maka cepat-cepatlah berbuka ok...
 
Mempercepatkan berbuka tatkala pasti waktu maghrib telah masuk berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda ; " Seseorang itu sentiasa dalam keadaan yang baik sekiranya mereka mempercepatkan berbuka " [riwayat Bukhari, kitab puasa, bab mempercepatkan berbuka, no. Hadis 1957].





2) Sunat memakan kurma ketika berbuka puasa

Berbuka dengan kurma segar atau kurma kering atau air. Dari Anas bin Malik r.a berkata : “Nabi s.a.w sentiasa berbuka sebelum solat dengan beberapa biji kurma segar sekiranya baginda tidak mempunyai kurma segar baginda akan berbuka dengan kurma kering sekiranya tiada juga baginda akan berbuka dengan hanya meneguk beberapa teguk air.” [riwayat Turmizi, kitab puasa, bab apa-apa yang mustahab berbuka dengannya, no. Hadis 696. Disahihkan oleh Imam Albani]. 




3) Berdoa ketika berbuka adalah mustajab

  Dari Abdullah bin Amru bin Al-‘as berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w ; " Sesungguhnya bagi orang yang   
berpuasa itu doa yang tidak akan ditolak ketika mereka berbuka " [riwayat Ibnu Majah, 


4) Melambatkan masa untuk bersahur

Dari Abu Hurairah dan Ibnu Mas’ud r.a sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda ; " Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu mempunya barakah " [riwayat Bukhari]

 
Dari ‘Amru bin Al-‘As r.a berkata ; Bersabda Rasulullah s.a.w ; " Perbezaan di antara puasa kita (muslim) dengan puasa ahli kitab ialah makan sahur " [riwayat Muslim, kitab puasa, bab keterangan bermulannya puasa dengan terbitnya fajar, no. Hadis 2545].










5)  Menperbanyakan menbaca Al-Quran pada bulan mulia ini kerana bulan ramadhan turunnya Al- quran



firman Allah Ta’ala ; " ...bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah " [al-Baqarah :185].





6)  Mencari Lailatulqadar. Rasulullah menggalakkan para sahabat untuk mencari Lailatulqadar. Sabda baginda
" Carilah Lailatulqadar pada hari-hari ganjil di dalam sepuluh akhir Ramadan " [riwayat Bukhari, kitab kelebihan Lailatulqadar, bab mencari Lailatulqadar pada malam ganjil di sepuluh akhir Ramadan, no. Hadis 2017].

Semoga kita dapat menhayati bulan yang mulia ini dengan melakukan amal ibadah sebanyak yang mungkin.. Jadi jangan lepaskan peluan keemasan ini selagi kita masih hidup.. INSYALLAH



Thursday 12 January 2012

BALASAN DEDAH AURAT



 


               Kali ni aku ingin berkongsi dengan korang semua tentang bahayanya dedahkan aurat. Ia adalah berdosa besar jika sengaja mendedahkan aurat.. Aku bukan nak sakit hati korang tapi aku nak share dgn korang... Berhati2 apabila nk upload pic korang kat fb, tweet kew atau blog.... fikir dlu sama ada pic tu sesuai atau x...

TGKLH vid nie supaya dpt brkgsi pengajaran kt korang....




SEMOGA DAPAT MENBERI PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA. TERUS TERANG AQ CAKAP AQ CUMA NK SHARE JEW... JDI FIKIRKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL


Thursday 23 June 2011

Golongan remaja mementingkan kesoronokan.

   Baru-baru ini saya terbaca satu artikel, saya amat terkejut bahawa 60% remaja wanita hilang dara menjelang umur 18 tahun , manakala 24% daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih berlainan. Kalau anda tidak percaya sila lawati dan klik   http://www.srikasih.co.cc/2011/05/memberi-perlindungan-kepada-remaja.html

   Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang artikel ini. Saya mengangap masalah sosial di negara ini sangat serius dan perlu beri penekanan yang lebih. Saya sangat sedih dan kecewa dengan golongan remaja yang mementingkan nafsu dan keseronokan yang terlarang. Perbuatan ini adalah zina. Apa itu ZINA... Zina adalah persetubuhan haram antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin. Ini adalah perkara yang dimurkai oleh allah.

  Saya berharap anda berwaspada dengan pengaulan bebas antara lelaki dan wanita. INGATLAH,sesungguhnya ALLAH itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.


SEMOGA KITA DIPERLIHARA OLEH ALLAH S.W.T


Saturday 11 June 2011

Download software azan di komputer dan netbook anda

   Ini adalah software free. Anda tidak perlu risau software ini akan azan secara automatik di komputer anda apabila tiba waktu azan...
sila klik  http://www.4shared.com/file/kzrgm6Vz/AthanBasic1.html?
cubalah sekarang ok dan terima kasih kepada yang telah memuat turun software ini